Shahira Mustaffa =='
Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
lalalalala ~
Wednesday, December 28, 2011 @ Wednesday, December 28, 2011 | 1 Comment [s]

Assalamualaikum =)

BAB 1


Esok keputusan PMR akan keluar. Mak abah nampaknya macam tak sabar nak tunggu result aku. Tapi aku? Aku takut akan buat diaorang kuciwa! Aku bukan jawap main-II tapi aku Cuma risau dengan subject yang aku lemah. ENGLISH dengan SCIENCE! Hohoho. Kalau dua-II tuh aku fail apalah perasaan diaorang nanti kan? Grrrrrrrrrr~ arghhhh, tidurlah, esok nak kena bangun awal siket daripada biasa bisik hatinya.  Shahira bangun dari katilnya dan menutup lampu yang masih menyala kemudiannya dia mengambil handphonenya mengunci jam pada pukul 6.30 untuk solat subuh. Dalam kegelapan didalam bilik dia masih terfikir untuk hari esok.
                “mak abah, adik mintak maaf kalau adik buat mak dengan abah kecewa dengan adik. Adik dah buad yang terbaik!” beberapa mutiara jernih mengalir keluar dari matanya dengan perlahan-lahan kerana sebak jikalau keputusan peperiksaannya pada hari esok akan mengecewakan mak dan abahnya.
                “ Sha, kau lulus tak?” soal Fira dengan nada yang gembira. Mesti dia lulus ni bisik hatinya.
                “ aku fail BI dengan SN” jawapnya dengan nada yang lemah, manik-manik jernih mengalir deras dari kelopak matanya. Dia mengambil tisu yang memang dibawa untuk dirinya jikalau dia menangis.
                “sabar okey Sha, kau dah buat yang terbaik kan?” ujar Fira sambil mengusap belakang badan Sha.
                “kau lulus?” soal Sha pula sambil mendongak memandang karah Fira.
                “Alhamdulillah Sha, aku lulus even tak TOP mana pun” ujarnya sambil tersenyum.
                “baguslah” manik-manik kembali mengalir deras apabila melihat kedua orang tuanya sedang menunggunya di kantin sekolah.
Mak abah, maaf kan adik. Adik tak dapat jadi anak yang baik untuk dibanggakan. Ampun kan adik mak abah. Matanya sudah kemerahan dan nampak sembab kerana menangis sejak mendapat tahu keputusannya sangat teruk.
                “macam mana? Result kau okey tak dik?” soal abah.
Shahira hanya membalas dengan gelengan tidak mampu berkata. Kawan-kawannya pula sudah tidak kelihatan, dimana lah dia orang ni tadi perasan macam ada dekat sebelah aku,kata hatinya.
                “apa nak jadi kau ni? Penat aku hantar kau pergi tusyen, tahu tak payah hantar kau pergi tusyen kalau dapat tahu ni keputusan yang kau nak bagi mak abah” ujar abah dengan nada yang tinggi.
Abah menjadi marah lalu mengangkat untuk menampar pipiku…….
                “jangan abah, jangan abah… jangan abah…….” Kataku sambil menutup mukaku. Air mataku mengalir dengan deras. Tiba-tiba….
                “astaghfirullah, aku mimpi rupanya” manik-manik jernih keluar dari dahiku. Aku mencapai handphoneku untuk melihat jam. Jam sudah menunjukkan jam 5.45 pagi. Lama lagi, subuh pun belum masuk. Bisiknya.
Betul ke apa yang aku mimpi tadi? Aku tak gagal? Ya Allah, apa aku nak jawap nanti? Mesti mak dengan abah kecewa kalau dapat tahu aku gagal lagi, dulu masa UPSR pun aku gagal. Manik-manik jernih mengalir dari kelopak mata dengan perlahan-lahan. Lagi beberapa jam sahaja aku akan kesekolah dengan mak. Abah kejap lagi nak pergi kerja. Alhamdulillah abah tak ikut sekali, kalau abah ikut mesti nahas aku dikerjakannya kalau dapat tahu result aku teruk. aku bangun dan duduk dibirai katil termenung sambil menongkat dagu. Cerah ke masa depan aku? Punya masa depankah aku? Soalan itu bermain dikotak fikiranku kini. Ya Allah, bantulah hamba mu ini Ya Allah. Kedengaran ada orang diluar yang sedang menghidupkan motor. Ya pasti Abah nak pergi kerja tu. 5 minit kemudian, abah telah pergi kerja. Dengan malasnya aku bangun dan mengambil tuala untuk mandi.
Usai solat subuh, Shahira masih lagi berteleku di tikar sejadahnya memikirkan tentang keputusan yang akan diambilnya sebentar lagi. Shahira mengambil handphonenya diatas katil untuk melihat jam. Jam menunjukkan sudah pukul 8.00 pagi. Lamanya aku pakai sejadah ni kalau buat solat sunat hajat kan bagus hilangkan sikit nervous nih. Bisik hatinya.
Tepat pada pukul 9.30 pagi Shahira keluar rumah bersama dengan Maknya. Dia masuk kedalam kereta waja milik keluarganya. Mak sudah berada dalam kereta selama 5 minit untuk menunggunya.
Dalam perjalanan ke sekolah Shahira hanya diam seribu bahasa begitu juga maknya. Tidak senang duduk dibuatnya. Jari jemarinya terasa basah kerana terlalu gemuruh.
Mak memakirkan keretanya didataran sekolah kerana sudah ada beberapa kereta yang terparkir disitu.
                “dik, mak tunggu dalam kereta ajelah ea? Segan lah nak keluar” ujar mak.
                “okeyh, orang keluar dulu eh. Bye” jawapku sambil keluar dari anak perut kereta waja itu.
Shahira berjalan menuju ke kantin sekolah, dia sudah nampak beberapa kelibat rakannya ada yang seperti cacing kepanasan dan ada juga seperti tidak rasa apa-apa.
                “Sha!”. Shahira menoleh kebelakang lalu tersenyum apabila melihat Fieyka sedang berjalan kearahnya bersama Ikin, Alya dan juga Mira.
                “mana mak kau Sha? Kata datang dengan mak?” soal Ikin.
                “ada dalam kereta, mak aku segan nak keluar. Bagus jugak kod, segan aku meleleh nanti depan dia. “ ujar Shahira sambil tersenyum tidak ikhlas kerana gemuruh.
                “hahaha, apa lah, sikit-sikit leleh, sikit-sikit leleh, kau ingat kita ni main tangkap leleh ke apa” ujar Alya pula.
Shahira hanya memandang kearah Alya yang sedang tersenyum sumbing kearahnya. Tahulah aku kau tak suka aku, paling tidak agak lah sikit nak menyindir aku pun kan? Bisik hatinya yang terasa seperti dicucuk sembilu pabila disindir sebegitu sekali.
                “kau bawak tisu lebih tak Sha? Aku nak mintak sikit. Hehehehe” ujar Fieyka yang sedari tadi yang hanya diam sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Alya.
                “jangan risau, aku bawak 3 bungkus. Hua.. hua… hua… hua…” ujar Shahira dengan nada yang sengaja buad-buad tidak ada apa-apa.

Slip peperiksaan sudah berada dalam genggaman. Shahira, Fieyka, Ikin, Alya dan beberapa lagi rakan yang lain berada diluar dewan tempat dimana kami semua dikumpulkan. Shahira kelihatan muram setelah mendapat tahu resultnya teruk. hancur luluh hatinya bila mendapat tahu bahawa pada kali ini juga dia gagal. Meskipun gagal 1 subject, namun rasa kecewa itu ada dalam hati walaupun rakan-rakannya yang lain sentiasa memberi semangat kepadanya.
                “Sha, relak lah. Keputusan kau okey apa? Ada A kan? Geografi tak berapa nak penting lah. Relak lah tak mahu lah macam ni.. please ?” ujar Ikin.
                “kau cakap senang lah babe. Yang rasa aku bukan kau, kau past semua subject kan? Result kau jauh lebih okey dari aku kan?” jawapku sambil mengelap air mata yang mengalir dari mata.
                “Sha, mana result kau? Aku nak tengok boleh ?” soal Fieyka sambil mengambil slip peperiksaan yang berada dalam genggamanku. Fieyka tergamam beberapa minit lalu dia memelukku.
                “sabar okey Sha. Kau dah usaha. Takat ni yang kau mampu. Kau ada what?” katanya lagi.
                “hrmmmmm… aku pelik tahu tak? Subject lain yang aku risau yang aku fikirfikirkan sampai pukul berapa pagi entah aku fikir takut sebab tak lulus tapi subject yang aku tak terfikir lansung pulak yang gagal. Huhhhhhh..” keluh Shahira.
                “Geografi kana de kerja kursus kau hantar tak Sha?” soal Fieyka.
                “ dia hantar lah, paling cepat, paling kemas lagi” jawap Ikin selaku rakan sekelas kepada Shahira. Fieyka menoleh kearah Shahira dan Shahira mengangguk tanda benar.
                “ tak ada rezeki aku nak nak past semua subject kott! Allah tak izinkan” ujar Shahira sambil tersenyum kelat. Alya sedang bercakap-cakap melalui handphonenya di hujung sana. Shahira sekadar memerhati. Kenapa dia menangis bagai nak rak sedangkan aku yang gagal, sepatutnya aku yang menangis macam dia. Bisik hatinya.
                “ Hello, ye Ayah” kata Fieyka sambil memberi isyarat untuk bercakap sedikit perlahan kepada rakan-rakan yang ada di sekitar situ. Fieyka diam.
                “ tak ada A, tapi lulus semua subject” katanya lagi dan kembali diam..
                “kejap lagi Fieyka keluar. Ayah tunggu je Fieyka call eh. bye Assalamualaikum” talian dimatikan.
                “ kau sabar eh Sha, mesti ada hikmah kenapa kau gagal Geo. SPM masih ada kan?” kata Fieyka sambil duduk disebelah Shahira yang sedang duduk diatas meja yang berada diluar dewan.
                “hrmmmmm, eh kejap. Mak aku call” kata Shahira sambil berjalan menjauhi mereka.
                “hello” diam…
                “dah amik dah, ada dekat luar dewan tengah lepak dengan kawan-kawan orang” diamm lagiii…
                “orang dapat 1A 2B 3C 1D 1E..” mendatar sahaja nadanya…
                “E nya Geografi, alah tak penting mana pun”……..
                “okey-okey.. orang gerak sekarang…. Bye” talian dimatikan. Mak Shahira mengatakan untuk cepat pulang kerana nenek sudah menunggu dirumah untuk membuad kuih kerana pada hari ini ada kenduri dirumah makciknya di Parit Jawa. Shahira kembali ke lokasi dimana rakan-rakannya sedang berbual sambil ketawa-ketawa tanda gembira kerana mereka berjaya lulus semua subject. Seronoknya dia orang, semua luluskan. Tapi aku? Dia orang tengah happy, aku pulak muncung sebab gagal tak payah cakap dengan dia orang lah yang aku nak balik. Bisik hatnya sambil berpatah balik menuju ke kantin yang bersebalan dengan garage kereta dimana emaknya sudah menunggu disitu.
                “Sha, nak pergi mana?” kedengaran suara dari arah belakang. Shahira menoleh kearah belakang dan terlihat Ikin, Fieyka dan juga Alya sedang memandangnya dari tempat mereka.
                “a.. a.. aku.. nak balik lahhhh… bye” ujarnya sambil tergagap-gagap. Haisy! Sejak bila aku jadi gagap ni? Hadoiiii! Kata hatinya.
                “pehal member kau tuh? Dah gagal tu terima aje lah, nak sedih-sedih pehal? Salah sendiri kan?” ujar Alya kepada Fieyka dan juga Ikin.
                “dia sedih lah, ye lah selalunyakan keputusan periksa dia lebih baik dari aku, ni aku lebih baik dari dia. Mana tak shock minah uh. Kena faham weyh…” jawap Ikin.
                “dia kenalah belajar terima kenyataan. Dia fail atas kesalahan dia, bukan kesalahan siapa pun kan? Entah apa-apa salah sendiri nak muncung-muncung dengan kita semua.” Ujar Alya.
                “susah nak fahamkan kau kan Alya? Kau sedih dia faham, dia sedih kau tak faham. Dah lah aku pun nak balik, Papa aku dah sampai. Bye” ujar Fieyka pula sambil berlalu pergi menuju ke kereta Papanya.

Hrmm. Tak sangka dapat jugak aku masuk kelas nih, sekelas pulak tuh dengan Fieyka, Alya dan Ikin. Fieyka yang sedang asyik menyiapkan kerja rumah dipandang lalu dia tersenyum melihat gelagat Fieyka yang kelam kabut meniru buku latihannya. Itulah, buat apa entah sampai lupa ada homework nak kena siapkan. Hye, Fieyka…. Fieyka……. Bisik hatinya.
                “Sha, asal kau tengok aku macam tuh? Nah buku kau, aku dah siap. Huhhh… siap jugak akhirnya” ujar Fieyka sambil mengurut dadanya yang agak sesak. 
                “ saje. Tengok muka kau. Comel pulak.. tapi……………………………………..”.
                “aku tahu aku comel by the way tapi apa?”
                “aku lagi comel lah, aku ada pipi tembam. Kau ada? Tak adakan? Hahahahahaha” ujar Sha sambil menepuk-nepuk pipiknya. Mereka berdua sama-sama tergelak.
                “gelak sakan nampak? SPM tinggal sebulan lebih je lagi. Tak reti-reti nak study ke sayang?” sampuk Alya yang duduk di belakang Sha dan Fieyka.
                “jelous lah tuh kan Sha kan?” balas Fieyka sambil mengeyit mata kea rah Sha yang sudah terseyum tanda mengerti.
                “tak masal je aku nak jelous”.
                “weyh korang, Cikgu Siti tak masuk kelas lah, dia ada meeting. Ni dia bagi latihan suruh siapkan petang ni dia nak” ujar Fikri ketua kelas 5science2 itu.
                “petang?” serentak murid-murid 5science2.
                “petang ni Cikgu ada buad kelas ganti masa sekarang sebab dia ada meeting, nah past-past dekat budak-budak nih”…….


Debaran melanda tatkala keputusan sudah berada ditangan guru kelas masing-masing. Sebelum guru kelas mengagihkan slip peperiksaan SPM kepada pelajar-pelajar Pengetua sekolah telah mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat straight A’s.
Kini giliran guru kelas pula untuk mengagihkan slip keputusan kepada bekas pelajar. Shahira, Fieyka, Ikin dan Alya sedang berbual sesame sendiri. Tidak terasa ingin mengambil keputusan lebih awal kerana malas mahu berebut-rebut dengan mereka-mereka yang ingin mengambil keputusan. Alasannya malas ingin bergesel dengan mereka-mereka itu.
                “eh, budak dah tak ramai, jom amik slip” ujar Ikin sambil memerhati guru kelasnya yang sedang berbual dengan rakan sekelasnya iaitu Azam.
                “jom” ujar  Shahira pula.
Mereka berempat berjalan seiringan menuju ke meja dimana guru kelasnya berada.
                “ingatkan dah lupa nak amik slip nih tadi” ujar Cikgu As selaku guru kelasnya.
                “alah Cikgu, tadi ramai sangat yang beratur so kita orang pun malas lah nak beratur panjang-panjang. Hehehehehe” ujar Alya.
                “ Cikgu nak slip.. hehehe” ujar Ikin.
Cikgu As sedang mencari slip peperiksaan kepunyaan Ikin. Setelah menjumpainya Cikgu As meneliti slip peperiksaan itu.
                “hagak-hagak awak dapat berapa Ikin? Hrmmm..” ujar Cikgu As sambil menjongketkan keningnya seolah-olah Ziana Zain.
                “ 20 A+ kod cikgu” ujar Ikin selamba sambil tergelak sendiri. Berdebar dihatinya usah ditanya. Rasa ingin tahunya pula sudah menggunung.
                “hahaha, subject yang awak ambil pun tak sampai 12 nak dapat 20 A macam mana?. Hahahaha” balas Cikgu As sambil menghulurkan slip peperiksaan kepada Ikin, dan seterunya kepada Alya, Fieyka dan Shahira.
Ikin memperoleh 2A+ 2A  4B 2C. Manakala Alya pula straight B. Fieyka pula 5A+ 3B 2C+ dan Shahira pula telah memperolah 6A+ 4B+. mereka semua bersyukur kerana semua mata pelajaran adalah kredit. Shahira pula tidak menyangka keputusannya sebaik itu. Dia meluahkan rasa syukurnya didalam hati dengan tidak terhingga. Terima kasih Ya Allah. Bisik hati Shahira.
                “wahhh, Sha keputusan kau paling mantap dari kita orang and lagi baguskan dari PMR kau dulu kan?” ujar Alya.
                “Alhamdulillah, keputusan SPM aku kalini baik dari PMR aku dulu. Harap-harap Mak dengan Abah aku boleh bangga dengan keputusan aku ni. Tak sia-sia kan kita hari-hari balik lambat dulu.” Balas Shahira sambil tersenyum gembira dengan kejayaan.
                 “kau pun okeyh what, semua B kan?” ujar Shahira lagi.
                “ a’ah , aku pun macam kau Sha, aku harap Mak Abah aku bangga kali ni ye lah dulu pun masa PMR keputusan cukup-cukup makan je lulusnya.”
                “hah, tahu pun. Bak kata pepatah gagal sekali tak bermakna kita akan gagal lagi.. kalau tak silap macam tuh lah bunyinya. Aku lupa lah.. hehehe” ujar Fieyka yang baru sahaja mematikan talian.
Lagu Bosan nyanyian Stacy telah kedengaran menandakan ada panggilan telah masuk. Shahira kelam kabut mengambil handphonenya. Setelah di amati siapa yang menelefonnya baru lah dia menjawap. Dia berjalan agar sedikit jauh dari rakan-rakannya.
                “Hello, Assalamualaikum …” Shahira memulakan bicara.
                “waalaikumsalam, dik. Macam mana result kau? Okeyh ke tak?” soal Abah yang berada dihujung talian.
                “Alhamdulillah, okeyh sangat-sangat Abah. Abah kena bagi adik hadiah ni” balas Shahira sambil tersenyum.
                “kau dapat berapa?”
                “urmmm… 6A+ 4B+ ….”
                “alhamdulillah, kau bila balik? Kakak dengan Abang dah nak sampai. Apis je esok baru sampai” kata abah. Pada perancangan awalnya pada hujung itu mereka akan membuat sedikit makan-makan dan mengumpul semua saudara-mara iaitu adik beradik Abah yang lain.
                “okeyh. Kejap lagi adik balik lah. Tengah borak-borak ni. Okeyh lah Abah, kawan orang panggil lah. Bye Assalamualaikum”. Talian dimatikan apabila salamnya disambut oleh orang yang berada dihujung talian. Shahira mula melangkah kearah rakan-rakannya yang sedang berbual sesame sendiri. Ada yang tergelak, ada yang memberikan pose yang menarik kepada rakan-rakan yang membawa camera dan pelbagai lagi ragam-ragam mereka.
                “eh Sha, kau datang naik apa hah? Papa aku tak dapat nak ambil aku lah, dia nak ambil akak aku dekat Bandar sana. Kakak aku baru balik dari Universiti cuti sem.” Kata Fieyka setelah Shahira sudah berdiri disebelahnya.
                “aku datang naik kereta. Aku drive sendiri. Kau nak tumpang eh?” balas Shahira sambil memasukkan handphonenya kedalam tas tangan miliknya.
                “Sha, nak tumpang sekali boleh?” sampuk Safee. Gadis kecil molek yang punya suara yang serak-serak basah, wajahnya putih bersih serta polos dan lesung pipit yang menambahkan lagi keayuan gadis kecil molek ini. Gadis kecil molek ini juga petah berkata-kata. Pantang dibidas ada sahaja ayatnya untuk menang. Hahaha.
                “boleh jerk? 1 meter RM0.20 sen. Apa macam boleh?” ujar Shahira sambil tergelak-gelak.
                “arghhhh.. ni yang malas ni kalau kau Sha! Merajuk lahhhh” ujar Fieyka sambil membuat muka merajuk. Atotototo.. comell nya kawan aku ni buad muka macam tuh. Untung aku dapat kawan-kawan yang cantik-cantik macam ni.
                “jangan lah buad muka macam tuh! Tergoda I! okeyh-okeyh kauorang naik free jerk……” tangan didada mata keatas… hahaha..
                “sayang kau sha” serentak Fieyka dan Safee berkata lalu memeluk Shahira. Manakala Shahira agak rimas diperlakukan seperti itu. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.  

Labels:


RESULT AKU TERUK Ohhh !
Thursday, December 22, 2011 @ Thursday, December 22, 2011 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum :) *fake smile

semua orang tanya result aku bape-II ? 
pakcik makcik yang dok jaouh dok tep0n bapak aku result aku berapa.! 
haihhh==' !
tension ohhh ! 
aku dapat 1A 2B 3C 1D and............................. 1E !
hah ! puas aty ??? 
aku yang tak puas hati . aku syukur sebab doa aku dimakbulkan Allah untuk past subject BI and SN tapiiiiiii
GEO pulakkk yang aku fail ! hampehhh betulll ..
aku memang tak minat Geo tapi aku fikir-II aku buad kerja kursus so dalam kepala otak boleh lulus lahh ..
sekali masa amek result cikgu aku geleng-II kepala !
aku dah bedebar-debar tak payah cakap !
sedih 0ohh :'( !
masa depan aku cerah ke tak kan ? apa yang boleh aku buat ye kalau result aku teruk macam tuh sekali !
hanya ALLAH jer lah yang tahu macam mana hancurnya hati aku .
aku tak dapat jadi anak kebanggaan mak and abah !
alhamdulillah MATH aku dapat B and SN C ! mana lah tahukan insyaAllah ada rezeki boleh lah aku masuk kelas SN !
selama nih dah puas dok dalam kelas Sastera ! bosannn ! aku asyik dipandang hina even ramai yang support aku dari belakang ! 
abah and mak tak berapa nak marah sebab tahu aku ni macam mana. tapi aku tetap segan.... even aku tak ada cousin yang sebaya dengan aku. belah mak tak ada and belah abah pun tak ada.  alhamdulillah lah sekurang-kurang nya tak adalah orang nak bandingkan aku .
tapiiiiii.............
aku sedih lahh .. antara kawan-II aku, aku sorang jer yang FAIL ! even 1 subject !
GEO !!!! lahaiiiiii ..................
menyesal dah tak guna dah ... cikgu aku ada bagi support aku lagi untuk SPM !
SPM ?? kalau dah result PMR macam gini apa lagi result SPM kan ?
hadoiiii !
bila lah aku boleh jadi anak kebanggaan mak abah ni ?
bila lah aku boleh dipandang baik dari semua cousin-II aku..
segann lah weiii , semua cousin-II aku pandai-II !
aku sorang jer BODOH tahap BEBAL !
hadoiiii !
wa chauuu lah !

#kang ade yang main tangkap leleh kang sosah pulak nak sejuk balek ! hik-III !


Labels:



Older Post
Shahira Mustaffa


Assalamualaikum, I'm Shahira Mustaffa, Candidate SPM'13 *next year!
Owner Shahira Mustaffa

Entry Profile Stuff Links



Tagboard
Your cbox here.

Round of applause
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
#Don't remove this
#Don't ripping